Kajian Migrasi Bahan Larut Resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan Kaedah Geofizik dan Geokimia
Date
2012
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit UKM
Abstract
Pemantauan air dan tanah tercemar di sekitar tapak pelupusan sampah selalunya dilakukan dengan analisis kimia air permukaan, bahan larut resap dan tanah serta pengukuran geofizik. Air larut resap merupakan cecair yang berasal daripada hasil larutan air hujan terhadap sisa-sisa buangan di tapak pelupusan, yang terkumpul dan meresap masuk ke dalam liang-liang tanah. Satu kajian untuk mengesan pergerakan cecair larut resap telah dilakukan di tapak pelupusan sampah Sungai Sedu yang terletak atas tanah seluas 10 ekar berhampiran pekan Banting.
Description
Keywords
Analisis geokimia, migrasi air larut resap, pengimejan elektrik 2D, tapak pelupusan sampah
Citation
Jeeva, M. A. R. K., & Hamzah, U. (2012). Kajian Migrasi Bahan Larut Resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan Kaedah Geofizik dan Geokimia. Sains Malaysiana, 41(7), 829-840.