Pengaruh politik alam sekitar terhadap persepsi pengundi: Kajian kes DUN Kedah

Abstract

Kajian ini dilakukan di Negeri Kedah Darul Aman bertujuan untuk mengetahui peranan alam sekitar dalam mempengaruhi pendapat dan pilihan politik responden/pengundi di beberapa kawasan terlibat. Kajian yang menggunakan metod temubual bersemuka ini melibatkan 600 orang responden terdiri daripada pengundi di Negeri Kedah di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih yang dijalankan pada 6 April 2012 hingga 9 April 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden di Negeri Kedah mengharapkan kerajaan negeri memberi perhatian yang lebih kepada persekitaran setempat mereka. Responden juga sangat mementingkan alam sekitar untuk memastikan kehidupan menjadi lebih selesa.

Description

Keywords

dasar awam, faktor alam sekitar, governans, isu alam sekitar, pilihan politik, politik alam sekitar

Citation

Jali, M. F. M., Besar, J. A., Buang, A., Hashim, M. J., Lyndon, N., Jusoh, H., ... & Hussain, M. Y. (2012). Pengaruh politik alam sekitar terhadap persepsi pengundi: Kajian kes DUN Kedah. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space, 8(6), 117-133.

Collections