Nur Hakimah AsnawiLam Kuok Choy2024-05-152024-05-152016Asnawi, N. H., & Choy, L. K. (2016). Analisis perubahan guna tanah dan litupan bumi di Gombak, Selangor menggunakan data penderiaan jauh. Sains Malaysiana, 45(12), 1869-1877.https://repoemc.ukm.my/handle/123456789/727Penyelidikan ini dijalankan untuk mengesan perubahan guna tanah dan litupan bumi (LULC) di daerah Gombak, Selangor melalui pendekatan penderiaan jauh. Perbandingan data siri masa antara tahun 1989-1999, 1999-2014 dan 1989-2014 telah dilakukan bagi melihat perubahan LULC. Data yang digunakan ialah imej satelit Landsat (TM dan OLI-TIRS) dan Peta Guna Tanah Selangor 1990 terbitan Jabatan Pertanian Malaysia.Imej satelitLandsatpenilaian ketepatanperubahan guna tanah/litupan bumiAnalisis Perubahan Guna Tanah dan Litupan Bumi di Gombak, Selangor Menggunakan Data Penderiaan Jauh