Tahap kesedaran komuniti pinggir pantai terhadap kenaikan aras laut

Abstract

Komuniti pinggir pantai merupakan golongan yang paling terdedah kepada bahaya perubahan kenaikan paras laut di Malaysia. Walaupun negeri Selangor tidak termasuk di dalam zon kritikal kenaikan aras laut, namun faktor lokasi petempatan yang berhampiran garis pantai serta topografi yang rendah berupaya mencetuskan bencana pada masa hadapan. Justeru itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesedaran komuniti pinggir pantai terhadap perubahan iklim dan kenaikan aras laut. Sebanyak 1050 responden telah dipilih secara rawak bagi tujuan tinjauan soal selidik di sekitar sepuluh petempatan utama zon pesisir pantai di Selangor, bermula dari Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam sehinggalah ke Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor.

Description

Keywords

kenaikan aras laut, keprihatinan, komuniti, perubahan iklim, pinggir pantai, variabiliti

Citation

Hashim, N. M., Sakawi, Z., Lam, K. C., Jaafar, M., Rose, R. A. C., & Ahmad, N. H. (2019). Tahap kesedaran komuniti pinggir pantai terhadap kenaikan aras laut. Geografia, 15(2).

Collections