Browsing by Author "Jurry Foo"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
Item Embargo Kesan amalan sistem pertanian tradisional dan peranan orang asal dalam mengurangkan degradasi hutan: Kajian di hutam simpan Gana-Lingkabau, Kota Marudu, Sabah(UMS, 2020) Hardawati Yahya; Florina Rosmin; Jurry Foo; Ricky Alisky MartinDegradasi hutan seringkali dikaitkan dengan Orang Asal terutamanya yang tinggal di pinggir atau di dalam hutan simpan, apabila sistem pertanian tradisional yang mereka warisi daripada turun-menurun menggunakan kaedah yang kurang efektif dan memberi kesan negatif kepada sumber hutan. Oleh yang sedemikian, kefahaman tentang peranan Orang Asal dalam membantu dan mengurangkan kesan degradasi hutan adalah sangat penting. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan untuk: (1) mengkaji jenis sistem pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Asal di Hutan Simpan Gana-Lingkabau, dan (2) mengenalpasti peranan Orang Asal dalam mengurangkan degradasi hutan.Item Embargo Penyertaan komuniti tempatan dalam pemuliharaan ekosistem Sungai Mansahaban berasaskan sistem bombon di Kg. Marakau, Ranau(UMS, 2021) Dg Nur Fairuzzimah; Jurry FooPenyertaan komuniti dalam pemuliharaan ekosistem berasaskan sistem bombon penting untuk membantu dalam meningkatkan nilai perkhidmatan ekosistem. Pemuliharaan ekosistem dilakukan adalah untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem, meminimumkan pembaziran dan mengelakkan kerosakan persekitaran. Sistem bombon memerlukan penyertaan komunti setempat atau komuniti kampung khususnya, bagi membantu dalam menentukan hala tuju dan menghasilkan keputusan disepanjang tempoh pelaksanaan sistem ini. Bombon merupakan kaedah pengurusan ekosistem yang diamalkan komuniti Kg. Marakau dalam menguruskan sumber sungai. Ekosistem sungai penting kerana terdapat pelbagai perkhidmatan ekosistem untuk kegunaan manusia termasuk makanan, perkhidmatan perubatan dan rekreasi. Seterusnya kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor dan bentuk penyertaan komuniti dalam pelaksanaan sistem bombon bagi mencapai tujuannya dalam keselamatan makanan, kesalamatan ekosistem dan produk pelancongan.